Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional
yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua
orang pemain.
Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan
congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak,
lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah
guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap
papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil
"kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak.
Lubang ini dipanggil "rumah".
No comments:
Post a Comment