Permainan gasing di Kelantan umpama irama dan lagu yang
tidak dapat dipisahkan. Gasing menjadi permainan yang cukup popular di
Kelantan. Sebagai permainan rakyat, gasing menjadi wadah perhubungan sosial
yang utuh apabila banyak pertandingan dan persembahan permainan gasing diadakan
di sekitar Kelantan sentiasa mendapat sambutan. Permainan gasing juga menjadi
salah satu daya tarikan pelancong ke Kelantan. Lebih menarik, permainan
tradisional ini turut dikongsi dengan negeri jiran Kelantan, iaitu Terengganu.
Ianya diperbuat daripada kayu berbentuk bujur dan mempunyai
paku panjang. Gasing merupakan satu lagi permainan tradisional yang terkenal.
Gasing ialah sejenis alat permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Ia telah dimainkan sejak dahulu kala dan terkenal
di kalangan orang-orang Melayu
Objektif permainan gasing biasanya ialah berlawan tempoh
masa gasing mampu berputar. Gasing juga boleh dilagakan. Buku ini akan
menceritakan serba sedikit tentang cara bermain gasing.
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung,
gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang,
gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Gasing yang diperbuat daripada kayu jambu, mengeluarkan
dengungan yang amat menarik ketika dipangkah. Dengungan itu menjadi salah satu
kemegahan kepada pemangkahnya. Jika dilempar dengan betul, gasing ini
kadangkala boleh terus berputar hingga dua jam lamanya.
No comments:
Post a Comment