Friday, 5 May 2017

WAU BULAN

Wau adalah sejenis layang-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur Malaysia, terutamanya negeri Kelantan. Kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam yang ramai tinggal di negeri tersebut. Wau juga masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Terengganu, Kedah dan Perlis.

Ianya dipanggil wau kerana bentuknya seakan-akan huruf ‘wau’ Jawi. Wau yang direka dengan pelbagai reka bentuk, serta warna dan corak yang cerah, bermotifkan tumbuhan dan haiwan sememangnya indah dan menawan hati. Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada Seni Pertukangan iaitu Filigree. Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri.


Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung disebaliknya mengikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri. Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau. Tarian Siti Wau Bulan Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi oleh alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling. Bahagian Perincian Wau pula terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.






Wau Bulan

No comments:

Post a Comment