Thursday, 4 May 2017

Tempat bersejrah

Muzium DiRaja Istana Batu
Muzium DiRaja Istana Batu ini terletak dalam pusat bandar Kota Bharu. Muzium ini amat bersejarah dan menjadi tarikan para pelancong penyelidik dan juga penduduk tempatan untuk mengenali lebih dekat lagi tentang keluarga DiRaja. Istana ini terletak di Jalan Hilir Kota iaitu berhampiran dengan Istana Balai Besar Kampung Kraftangan manakala bahagian belakang pula adalah Masjid Muhammadi Masjid Negeri .
Kawasan ini dikenali Zon Budaya yang meliputi bangunan-bangunan bersejarah yang lain. Perhubungan dengan pusat bandar juga amat mudah dan berhampiran dengan pusat membeli belah iaitu Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh Kubu.
Dengan melawat Istana Batu atau Muzium DiRaja ini, para pengunjung berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri bagaimana keadaan di dalam istana yang pernah didiami oleh Sultan Kelantan dan Kerabat DiRaja pada suatu ketika dahulu.

Muzium Diraja Istana Batu



Istana Jahar
Istana Jahar, sebuah Istana kebanggan Rakyat Kelantan dahulu dan kini. Ianya masih tersergam indah di Bandraya Islam, Kota Bharu. Ianya terletak berhampiran Istana Balai Besar. Ia juga antara istana-istana  menarik yang terdapat di Kota Bharu.
Istana ini mula dibina semasa pemerintahan Long Senik Mulut Merah atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad II (1837 – 1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar. Sultan Muhammad II membina istana ini adalah untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara. Setelah kemangkatan Sultan Muhammad II pada 1886, Long Sulong yang lebih dikenali sebagai Sultan Ahmad telah menyambung pembinaan istana ini hingga sempurna.
Sultan Ahmad telah mangkat pada tahun 1889 dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Long Kundur Bendahara dengan gelaran Sultan Muhammad III. Baginda telah menjadikan Istana Jahar sebagai Balai Besar dan tempat persemayaman baginda.
Istana Jahar

Istana Balai Besar
Istana Balai Besar adalah Istana Keramat buat keturunan Kesultanan Kelantan dan disinilah tempat berlangsungnya segala upacara rasmi dan adat istiadat diRaja dari tahun 1845 hingga sekarang. Upacara rasmi yang pertama diadakan sempena menyambut “Surat Sejabat” atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhammad II.
Isi kandungan Surat Sejabat ini adalah pengesahan Tuan Senik Mulut Merah sebagai Sultan Muhammad II oleh Raja Maha Besar Siam yang juga penaung Kelantan. Raja Siam tersebut juga memberi gelaran kepada Sultan Muhammad II sebagai “Pia Lecha Kelantan”.
Istana Balai Besar





No comments:

Post a Comment